Followers

5 December 2011

Beritahu muslimah itu...

Beritahu muslimah itu,
Dirinya ibarat kaca,
Disentuh terguris,
Dihantuk serpih,
Dihempap berkecai..

Beritahu muslimah itu,
Jaga tutur kata,
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu rendah dipijak pula,
Cakap sombong mengundang lawan,
Hati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa..

Beritahu muslimah itu,
Jaga tingkah laku,
Harga diri terletak disitu,
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
Sesekali tersilap langkah akan dihukum selamanya,
Keturunan dicerca payah,
Menyesal kemudian bukan faedah..

Beritahu muslimah itu,
Jaga pakaian,
Ia cermin peribadi,
Juga lambang bangsa,
Dalam keadaan macam manapun,
Biar orang kenal,
Dia orang Islam..

Beritahu muslimah itu,
Simpan secebis malu,
Kerana malu itu,
Sebahagian daripada iman..

Semoga kt semua mendapat hidayah pada pagi ini....

No comments:

Post a Comment