Followers
19 December 2011
8 Sikap wanita yang disukai lelaki :
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
http://cetusan-hatiku-6.blogspot.com/
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
*sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/922-petua-menjadi-pelajar-cemerlang-menurut-al-quran.html#.TnDqMQVVx8E.facebook
Angka 2012 Dalam Al-Quran ?
PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.
Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.
Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.
Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433
merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/H cal/hdate_year.php?year=1433&base=h
Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).
Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.
Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.
Apakah Peristiwa Itu?
Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
////////////////////////////// //////////////////////////////////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
////////////////////////////// //////////////////////////////////////////
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam
~ AL-FARISI
sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi
16 December 2011
Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat
Ya Muhaimin Ya Salam
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu, jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.
Ya Allah
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN....
...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya di jamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)..."
(11 : 6)
"Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian (rahmat itu) Kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih.."
(11 : 9)
"Dan jika Kami berikan kebahagiaan kepadanya setelah di timpa bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata 'Telah hilang bencana itu dariku.' Sesungguhnya dia (merasa) sangat gemira dan bangga.."
(11 : 10)
"Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan di rugikan.."
(11 : 15)
"Dan nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.."
(11 : 34)
Yang nyata tetap nyata..
Yang mengkaburkannya adalah kesombongan diri kita..
Hati mungkin tidak mampu berbicara..
Tapi ia pasti akan terpancar jua..
Wallahu'alam...
13 December 2011
JODOH DARI SYAITAN .
kamu berdua berkenalan ,
berpegangan tangan ,
dan terus buad maksiat ,
akhirnya si perempuan mengandung ,
... ... ... ... baru kamu menikah ,
- JODOH DARI JIN .
kamu berdua berkenalan ,
kamu suka kan si perempuan ,
tapi si perempuan tak suka kat kamu ,
kamu bomohkan dan sihirkan agar si perempuan
suka kepada kamu ,
dan kamu berdua menikah .
- JODOH DARI ALLAH .
kamu berdua bertentangan mata ,
terus menusuk ke kalbu ,
kamu terus meminang si perempuan ,
dan si perempuan menerima pinangan kamu ,
dan kamu berdua menikah ,
insya allah berkekalan hingga akhir hayat .
DAN ITU LAH YANG DINAMAKAN ' Syurga Cinta
✿Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna...
✿Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama...(✿◠‿◠)
7 December 2011
: (¯`v´¯) CINTA ILAHI HAKIKI
`•.•.¸.¸¸.•¨*`¸❤`•.¸¸.•*❤(。◕‿◕。)"
JIKA MANUSIA mengecewakanmu,jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu.
JIKA MANUSIA menzalimimu,jangan berduka kerana Allah selalu adil terhadapmu.
JIKA MANUSIA melukaimu,jangan berduka kerana Allah selalu menitip penyembuh buatmu.
KETAHUILAH....
walau terkumpul seluruh manusia menyayangimu,ianya tidak akan pernah dapat menandingi CINTA ALLAH TERHADAPMU.. ♥ ♥ ♥
Sekiranya kita ada waktu untuk berfacebook,
Kenapa kita tiada waktu untuk membuka al-Quran.
Sekiranya kita ada waktu untuk menonton tv,
Kenapa kita tiada waktu untuk membaca terjemahan al-Quran.
Sekiranya ada masa untuk bergurau senda dengan kawan,
Kenapa kita tiada waktu memahami tafsir al-Quran.
Sekiranya kita ada waktu untuk baca bahan picisan,
Kenapa kita tiada waktu untuk baca al-Hadits.
Sunnah Rasulullah saw :
Sekiranya kita ada waktu untuk berhibur,
Kenapa kita tiada waktu memahami ilmu Islam.
Sekiranya kita ada waktu lengang,
Kenapa kita tidak isi dengan pergi ke majlis ilmuan.
Sekiranya kita ada waktu senang,
Kenapa kita tidak pergi bersialturahim sesama insan.
Sekiranya kita mahukan hidup penuh ketenangan,
Kenapa kita tidak berdakwah sesama insan.
lembut wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana kesetiaannya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
tanpa wanita lelaki menjadi lemah
kerana wanita jugalah lelaki akan kalah
cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana kesetiaannya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
tanpa wanita lelaki menjadi lemah
kerana wanita jugalah lelaki akan kalah
♥ DOA WANITA UNTUK BAKAL SUAMINYA , ♥
Ya Allah..Jika aku bukanlah bagian dari tulang rusuknya,Maka jgn biarkan ku merindukan kehadirannya,Jangan biarkan kulabuhkan hatiku di hatinya, Kikislah pesonanya dari pelupuk mata,Luputkan dia dari ingatan,Hapuskan dari bayangan,Agar jika bukan dia yang digariskan maka aku ikhlas dengan kenyataan.Duhai calon pemilik tulang rusukku,Dimanapun engkau berada,Aku akan setia menantimu,,Menjaga hati dan kehormatan diriku,Itu semua demi dirimu dan ketundukanku kepada Robb kita bersama...amiinn...
♥ "Sejuta manusia membenci kita, ada sejuta yang meyayangi kita" ...Allah swt itu kan adil saksama..... ♥
~Insyallah ..mudah2han ..~ (^_____^)
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
♥ Allah akan membina untuk hamba-Nya sebuah rumah di dalam syurga. ♥Allahu Allah, janji yang sangat indah & pasti tertunai kerana ia datang daripada Allah Yang Maha Pemurah. Apakah amalan untuk ganjaran sehebat ini???
SIAPAKAH ORANG YANG TELAH MATI HATINYA?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an,Hadith dan cerita2 kebaikan namun berasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Tatkala Seseorang Itu Menahan Diri Daripada Berbuat Dosa,
Maka Sebenarnya Saat Itulah Dia Telah Melakukan Kebaikan "
Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”
Rasa takut akan membawa kepada kehancuran....
Takutkan Allah akan menghancurkan keegoan diri sendiri...
Terbangun lah keimanan yang kukuh dan mantap dan hakiki pada ruhani jasmani...
Takutkan makhluk akan menghancurkan maruah dan keimanan...
Hak dan kemuliaan akan hilang dalam kehidupan yang sedang di jalani di bumi ini...
Lalu,insan menjadi papa sewaktu hidup dan berlanjutan sehingga menemui mati...
6 December 2011
Kaum adam & hawa...
Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca al-Quran pun merangkak-rangkak..
Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau pukul 12.00 tgh hari pun tak celik-celik..
Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau fardhu ain asas pun lintang pukang..
Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH..
Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA..
Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH..
Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR ^^!
Untuk renungan kaum adam & hawa...
Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya. Ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak....
Yang harus cerewet pastinya adalah Wanita. Ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak...
Ini kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...
Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insya-Allah...
Hargai orang di sekelilingmu,
dengan memimpin mereka ke syurga,
sayangi mereka,
dengan membimbing mereka jauh dari neraka.
Isilah hari mereka dengan cinta dan kasih sayang,
dengan kebaikan dan kesenangan jiwa,
dengan kehangatan ukhuwwah dan nasihat di atas jalanNya,
biar nanti saat mereka telah pergi,
engkau boleh berdoa untuk mereka dengan hati yang lega,
dan di akhirat nanti mereka menjadi pembela,
bukan yang mendakwa.
Saat semua harap dan ingin belum juga trjawab dalam nyata, coba tanya diri... ; sudah sejauh mana Istikharah yg kita lakukan? Dan dimana kita meletakkan ''NIAT'' kita utk semua itu? Karena sekali niat kita hanya untuk diri kita, dunia kita dan bukan utk ALLAH, maka semua itu tak akan ada artinya. Maka ada benarnya jika segala sesuatu itu berasal dari NIAT
Mencintai lalu menikah ....itu sudah biasa :)
Menikah lalu mencintai.... itu baru luar biasa ^^,
Karena menikah bukanlah akhir dari cinta tapi menikah adalah awal perjuangan
Perjuangan menyempurnakan setengah din, perjuangan mencintai pasangan dengan segala kekurangan dan kelebihannya, perjuangan menjadi pemimpin yang baik bagi keluarga, perjuangan mnjadi madrasah pertama bagi anak" & perjuangan menjadi Isteri Sholehah/Suami Sholeh
Puasa asyura (10 muharram) akan mnghapus dosa setahun yg lalu (HR Muslim)
Untk menyelisihi Yahudi dsunnahkan mnambah puasa pd tgl 9 Muharram.
Insya Allah 9&10 Muharram bertepatan dg 5&6/12/2011.
Hari Asyura di Saudi sm dg di Indo. Di Saudi berdsarkan keputusan dari Ummul Quro yg baru sj kami dengar di radio, 10 Muharram jatuh pd hari Selasa, 6/12/2011.
Moga Allah mudahkan kita melakukan puasa ini & mendapatkan pengampunan dosa yg telah lalu.
Menurut Imam GHAZALI
Yang jauh Itu WAKTU...
Yang Dekat Itu MATI...
Yang Besar Itu NAFSU...
Yang Berat Itu AMANAH...
Yang Mudah Itu Berbuat DOSA..
Yang Panjang Itu Amal SOLEH...
Dan..
Yang Paling Indah Itu MEMAAFKAN...
Jadikan Sebagai Renungan...
Jika SESAT di hujung jalan, baliklah ke PANGKAL JALAN.. tetapi jika jalan sudah BENAR namun pelbagai MASALAH menghalang, JANGAN BERPATAH BALIK.. teruskan PERJALANAN.. jangan pandang pada KETENTUANNYA.. jangan pandang pada MUSIBAHNYA, jangan pandang apa yang dihadapi.. susah mahupun senang, semuanya dari Ilahi.. semuanya punyai MAKSUD yang tersembunyi sekiranya dirimu MEMAHAMI dan MENGERTI..
~ Ingatlah.. segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN.. maka kepadaNyalah kamu perlu meminta PERTOLONGAN..~ (。◕‿◕。)"
Kata-kata hikmah :
3 PERKARA MUSTAHIL DALAM DUNIA!!
-Anda tidak boleh mengira rambut anda
-Anda tidak boleh membasuh kedua mata dengan sabun
-Anda tidak bolh bernafas jika lidah anda berada di luar...
Lidah walaupun lembut tidak bertulang peranannya sangat hebat!
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
-Anda tidak boleh mengira rambut anda
-Anda tidak boleh membasuh kedua mata dengan sabun
-Anda tidak bolh bernafas jika lidah anda berada di luar...
Lidah walaupun lembut tidak bertulang peranannya sangat hebat!
# boleh membunuh dan boleh menghidupkan,
# boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan,
# boleh menghina dan boleh memuliakan,
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞ .
Manusia paling bahagia dan tenang ialah mereka yang bebas dari penghargaan dan cemuhan manusia. MAnakala manusia yang paling cetek akalnya ialah mereka yang sentiasa mengintai ngintai kesalahan orang lain hingga tidak terlihat kesilapan sendiri.Prof Dr Muhaya
Subscribe to:
Posts (Atom)